Friday, 12 October 2012

Tak apa, Allah kan ade..:)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum everyone..

hujan renyai di petang hari sering membuatkan mata yang membulat kian layu dek kerana nyamannya angin yang bertiup sepoi- sepoi bahasa. lalu, untuk tidak membiarkan mata ini terus layu dibuai angin petang aku merajinkan diri hapdate blog yang baru nak bertapak. moga diri ini terus dianugerahkan kerajinan menulis sesuatu untuk tatapan dan sebagai satu kepuasan diri. sebolehnya, elakkan diri daripada terjebak buaian mimpi di petang hari, kerana ia seakan mewarisi sifat ke-gila-an.

kisah berlaku pada semester lepas tapi aku tak kiralah, dah basi ke, dah patut masuk recyle bin ke , nak kongsi jugak. Ustazah Fatimah Syarha, penulis novel Islamik. aku yakin  ramai di atara kita yang kenal kan?. Dia ada datang ke tempat aku belajar dan menyampaikan ceramah yang bagi aku peluang yang sangat berharga. Yang paling bestnya, program ini hanya untuk kita- kita sahaja, maksudnya untuk wanita- wanita aje..man not allowed.

Ustazah Fatimah Syarha


banyak perkongsian menarik daripada beliau dan di akhir ceramahnya, beliau  berpesan ,


" kepada bakal- bakal ibu yang ada di hadapan saya ini, ajarkanlah anak- anak nanti mengenali Allah. Contohnya, kalau anak itu takut nak ke sekolah, pesan pada dia "Jangan takut, Allah ada"..kalau dia nak buat sesuatu, ingatkan dia, "Allah ada, sentiasa melihat apa yang kita buat"..


Jadi, dengan cara itu si anak akan kenal pencipta- Nya. dan yang paling sweet apabila si anak itu jugalah nanti akan nasihatkan kawan dia, "tak apa. Allah kan ada "..sweet kan? ..

p/s : jadi ibu yang sweet untuk anak- anak yang sangat sweet..



5 comments:

CikZaitul said...

aah la mmg sweet ..nak ajar anak2 mmg rumit skrg ni dgn godaan dunia yang mebelakangi dunia akhirat kan...

nak jugak jadi ibu sweet :)

Nana Lee said...

betul tu..nak jadi ibu bapa sekarang sangat susah..banyak godaan dari dunia luar..

insyaALLAH, same2 la kite jadi ibu yg sweet..mueheehe..

norazis said...

subhanallah..ALLAHUAKBAR..

Iffah Afeefah said...

sedang belajar menjadi insan yang sweet

mohon doakan ye

Intan Zulhilmi said...

Assalamualaikum...

Bersama anak2 ni kita perlu sentiasa kaitkan Allah dlm stiap hal...apapun, Allah, Allah, Allah...