Wednesday 10 October 2012

Your Every Single Words is du'a MAMA

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum everyone,



Aku blogger baru yang masih merangkak- rangkak seperti bayi comel yang senantiasa inginkan kasih sayang dan perhatian..HAHA..aiyyoo..masih baru dah gedikkk ! Menulis kerana minat yang mendalam dan sentiasa membuak- buak untuk menaip sesuatu daripada menghabiskan masa dengan bermuka- muka buku dan mencicit..sudah- sudahlah merepek..




based on the title yang kat atas tu, aku ingin ceritakan satu babak yang aku sendiri tak tahulah nak explain macam mana.Baru- baru nie aku ikut roomate aku balik kampung halaman dia walaupun sebenarnya kat tengah- tengah bandar. muehehe..misi utama nak menghabiskan saki baki cuti hari minggu dan memperabihkan duit pinjaman untuk sekali sekala ajela..kalau selalu alamatnya hujung semester maggi kari sajelah yang menjadi santapan student seperti aku nie. Alkisahnya berlaku di dalam train. Aku dan roommate aku nie berdiri berhampiran dengan seorang ibu dan anaknya, kanak- kanak lelaki yang aku agak maybe berusia dalam lingkungan 5 tahun. Aku tak hairanlah kalau budak tu nakal pun. memang dah lumrahnya macam gitu..



apa yang dia buat? dia pi ludah kat atas beg seorang wanita lain yang sedang duduk dan sedang lena dibuai mimpi. Aku terkejut gak bila tengok aksi yang tak disangka- sangka tu, dan nasib baik ibu dia sedar dan terus tarik anaknya ke pangkuan dia. Tapi, yang buat aku lagi terkejut, aku semacam terdengar satu perkataan yang kurang enak didengar..dia boleh cakap kat anak dia, woi, bodoh ! jangan  buat camtu..Sentap! Aiyooo mak incekkk..mak incek tak sedar ka, kata- kata mak inceekk tu satu doa..jangan sewenang- wenangnya caci maki anak sendiri..seriously, aku memang kesian kat budak tu dan aku sehabis percaya ini bukan kali pertama budak tu kena maki camtu.. aku tak tahu lah macam mana nasib dia akan datang kalau selalu kene macam tu dengan ibu sendiri..Harap- harap baik- baik sahaja..jadi manusia berguna tau..:)




p/s : bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang menjaga tutur kata. especially my mom yang sangat susah nak maki hamun orang, apatah lagi anak sendiri..dan kepada semua bakal- bakal ibu sekalian...jagalah tutur kata anda yerrr...kesian kat anak tu nanti..



1 comment: