Friday 15 February 2013

Heroes

Assalamualaikum..

Malas nak menaip panjang. Sekadar tempek gambar sajoo..


Ini adalah lelaki- lelaki penting dalam idup saya
Yang menjadi pelindung, penyelamat tatkala susah, sengkek, kemalasan, keboringan, dan macam- macamlah..

Dari kiri : My lil brother , Dia, Ayah

Sengih je bila tengok ayah ngan dia bawak bakul sama- sama pergi picnic..harharhar..Bakul tu toksah la dipersoal, sebab dah lambat jadi main rembat je..pedulik..

Tuesday 5 February 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum..




Hai all...tiba- tiba rasa tertarik pulak nak menyertai segmen daripada adik HusnaHumairah. tengok tarikh tutup 2 hari lagi jadi rasanya tak salah aku join segmen nie. Ok, terus kepada segmen. Tapi sebelum itu korang boleh baca sejarah ringkas penubuhan UPSI di sini..


Ha, da baca sejarahnye? ok, kita teruskan kepada cerita aku pulak..

Sekarang aku masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim , Perak dalam kursus ISMP Bahasa Melayu. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadi guru, bolehlah anda memohon di sini. Secara keseluruhannya, agak seronok belajar di sini. Tipulah kalau aku cakap tak ada cabaran langsung. Sebenarnya banyak cabaran dan dugaan yang aku hadapi di sini, tapi aku sedar kalau dah namanya menuntut ilmu tak ada istilah 'hidup nak senang'..Ye dak?

Untuk pengetahuan semua, UPSI mempunyai dua buah kampus iaitu kampus lama dan kampus baru yang jaraknya agak jauh la. Aku tak pernah kira pulak berapa kilometer. kampus lama diberi nama Kampus Sultan Abdul Jalil dan kampus baru pula diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah, baru siap dan dibuka tahun ini kepada para pelajar. Selalunya pelajar akan berulang alik di antara kedua- kedua kampus ini. Ada yang naik bas dan kenderaan sendiri. Pensyarah pun ok, bagi course aku lah. Cuma ada jugalah seorang dua orang yang strict. tapi itu biasalah kan. Pengajian adalah selama 8 semester/ 4 tahun. Kalau kau dari matriks, habis belajar kat sini dalam unur 23 tahun, tapi macam aku ni dari STPM, keluar nanti umur dah 24 tahun jadi niat nak kahwin awal dah tergendala.

ha, nampak tak pintu gerbang besar gedabak tu?
pandangan di waktu malam dan siang
sangat cantik kan..
bangunan kuliah
kampus baru

See...nampak tak baru tak baru..pokok pun kecik- kecik lagi. Bayangkanlah dengan bangunan keliling, dengan pokok pun tak berapa nak membesar lagi, terasalah jugak nak terbakar bila musim panas. Tapi dalam kelas kau jangan risau, sejuk sebab ada aircond..huehhuehhueh..

Sekarang juga sudah ditawarkan beberapa kursus bukan pendidikan. Jadi, kepada yang berminat boleh layari laman web UPSI, untuk maklumat lanjut. Eleh, padahal malas kan. bukan apa, aku tak nak entry panjang- panjang nanti tak ada orang nak baca. Korang semua kan rajin- rajin..huehhuehhueh..

Ini Perpustakaan Tunku Bainun. Terletak di Kampus Lama. Tak silap aku 5 tingkat. Entah, tak pernah naik sampai atas. Ooomaaaiiiii...dah 5 sem kau, tak pernah naik sampai atas, nampak tak tahap kerajinan aku..sebabnya buku- buku untuk course aku kat tingkat 3, tu pasal lah yang tak pernah naik atas. 


Perpustakaan Tunku Bainun
terletak di kampus lama.

Seterusnya ialah kolej kediaman. Kat sini ada empat buah kolej kediaman. Kolej Aminuddin Baki, Kolej Harun Aminurrasyid, Kolej Za'ba dan Kolej Ungku Omar. Aku tinggal di Kolej Za'ba dari awal masuk sampailah sekarang. Kena aktif sikitlah kalau nak duduk kolej sampai habis..muehehehe...


ini Kolej Za'ba
masa ni ada program apa entah
masa sem 1
tanam pokok kot..tapi selama 5 sem aku kat sini, pokok tu semua mati..kesian.


Dan gambar bilik aku tak jumpa pulak kat mana aku simpan. Malas nak cari. Sebenarnya dia macam apartment/ rumah teres sebab satu rumah ada 3 bilik. Satu bilik 2 orang. Jadi satu rumah korang akan ada 6 orang ahli. 

Baiklah, dah cukup rasanya aku review pasal uni kesayangan aku ni..mueehehe..jadi kalau rasa berminat bolehlah godek- godek maklumat pasal kelayakan, kursus dan sebagainya. Good Luck! 

Sebahagian gambar adalah dari pages Suara-Mahasiswai-UPSI



Monday 4 February 2013

RESULT

Assalamualaikum..

Hai all..sekadar entry pendek sebelum masuk tidur..Esok dijangkakan keputusan peperiksaan akhir untuk semester 5 akan keluar. Perasaan tu aku tak tahulah nak cakap macam mana. sebenarnya agak risau sebab aku rasa semester lepas yang aku lalui agak tough. i'm actually so nervous so i don't have any feeling to check it out..

Walaubagaimanapun..sebagai umat islam kita perlu redha. walau apa sekalipun keputusan yang keluar esok, aku perlu terima dan yang penting jangan berputus asa. Ayah selalu pesan,

Apa sahaja keputusan yang kak dapat, adalah daripada usaha yang telah akak buat sebelum ini. terima dengan hati yang terbuka. 

dan ya, akak terima apa saja keputusannya esok.. Mohon doa dari rakan- rakan agar keputusan peperiksaan saya esok baik- baik sahaja. Aameen ya Rabb!!



Saturday 2 February 2013

# Review Novel Aku Bercerita

Assalamualaikum..

Malam ni rasa macam nak review sedikit sebanyak tentang novel Aku Bercerita karya novelis thriller terkenal, siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Novel ni aku dah beli 2-3 minggu lepas. Habis baca pun dah lama dah tapi malam ni baru datang angin kus- kus rasa nak review novel ini.

muka hadapan
Eh, macam kenal je..:)




belakang
Eh, macam kenal lagi..:)



Pada pandangan aku, novel- novel karya RAM mempunyai jalan cerita yang unik, menarik, dan lain daripada yang lain. Jalan cerita yang penuh misteri, melangkau batas pemikiran manusia, dan yang penting setiap watak utama dalam karyanya mengagungkan tuhan yang satu, Allah SWT. Aku jarang beli novel- novel cinta sekarang. Entahlah, tak ada yang menarik perhatian aku. Tapi kalau korang dapat rekemenkan novel- novel yang menarik, aku akan berusaha dapatkan lebih- lebih lagi kalau ada novel karya RAM yang baru keluar, mak oii, melilau pergi cari kat kedai buku.. Muahehehe..

Baiklah, di sini aku kongsikan sedikit sebanyak sinopsis daripada novel ini.

Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa, dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar- samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu- ragu. 

satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea- idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian.. semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi- tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru- harakan kehidupannya? 

Secara keseluruhannya, sangat BEST ! kalau korang nak tahu dalam novel ini terdapat sebanyak 5 buah cerita yang berlainan. Setiap cerita mempunyai jalan cerita yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan langsung diantara satu sama lain. Seperti sebuah antologi. Cerita yang pertama mengisahkan tentang perhubungan di antara bunian dan manusia. Sesuatu yang korang tak expect bakal menanti. Dan korang akan membelek semula helaian- helaian di hadapan sebab nak hadam balik apa yang korang dah baca.




Untuk karya yang kedua, ketiga dan keempat, aku malas nak cerita. muahaha..jadi, kalau korang nak tahu, korang kenalah beli novel ini dan baca sampai habis. 

p/s : Misi mencari novel terbaru karya RAM, yang berjudul Magis


Friday 1 February 2013

Mendidik atau Mendera?

Dua tiga hari lepas aku terbaca tentang kisah seorang bapa yang telah dipenjarakan atas kesalahan mendera anak- anaknya yang seramai 3 orang dengan sebatang paip pvc.Guna paip pvc kau pukul anak bukan guna cotton bub. Alasannya nak mendidik.

Mendidik ke mendera? Bagi aku cara dia mendidik tak kena. Aku rasa dia mungkin tak tahu cara mendidik anak- anak yang sebenar. Dalam islam sendiri pun telah menggariskan cara yang sesuai untuk mendidik isteri dan anak- anak. Bukannya boleh 'didik' ikut sesedap tangan yang mengangkat je.

Apabila aku tengok cara mak bapak aku didik kami adik- beradik, bapak aku sediakan dua batang lidi yang diikat dengan getah dan letaknya nun tinggi di atas rak buku dalam rumah. Dua batang sahaja, tapi kalau kena berbirat jugak betis aku. Masa aku kecik- kecik dulu, geram gila aku kat lidi itu. Berlagak angkuh di tempat tinggi, kalau aku dapat memang aku patah- patahkan. Islam menyarankan penggunaan rotan dalam mendidik anak- anak.mak aku pula paling pantang menggunakan batang penyapu ketika memukul anak- anak. Batang penyapu untuk menyapu bukan untuk pukul anak ye mama dan papa sekalian..

Tempat untuk memukul juga hanya terhad dari bawah pinggang hingga kaki. Pinggang sampai kepala adalah dilarang sama sekali. Sebabnya, menurut mak aku perbuatan itu boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman. sebab itulah, kalau kitorang adik beradik buat hal ..betis kitorang lah yang jadi mangsa. Pada aku tak lah sakit sangat tapi menangis tu beria. Dasar anak manja..

Itulah cara sebenar nak mendidik anak- anak. Sekarang kebanyakan ibu bapa kahwin di usia yang muda. kalau tiada ilmu tentang cara mendidik anak- anak, pada aku situasi ini parah. Yang langsung tak sentuh kulit anak- anak pn ada juga. Kononnya sayangkan anak. Walhal, sayangkan anak tangan- tangankan..

Iyelah, mungkin yang bercakap nie memanglah senang kerana belum merasa punya anak sendiri, tetapi aku hanya sekadar berkongsi cara yang aku rasa betul dan nanti jika diizinkan punya cahaya mata, aku akan menggunakan cara ini. Bukan untuk menyakitkan tapi sekadar mendidik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Wednesday 30 January 2013

Damailah Kamu Di Sana

Assalamualaikum

Sunyi di malam hari membuatkan hati ini kesayuan saat membaca kisah adik Siti Hajar seorang muslimah sejati. Meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Kisahnya sungguh menyayat hati dan memberikan seribu keinsafan kepada kita betapa tabahnya seorang muslimah menghadapi ujian dan dugaan daripada tuhan yang satu, ALLAH SWT..

Menanggung kesakitan yang teramat saat berada di hospital langsung tidak mematahkan semangat arwah untuk sentiasa meyakini setiap perkara yang berlaku itu atas kehendak-Nya dan sentiasa berbaik sangka dengan setiap ujian yang dilalui..

Di sini aku kongsikan kisah arwah Siti Hajar..mungkin ramai yang telah terbaca tentang kisah ini..


UTEM : KRONOLOGI PEMERGIAN SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR KE RAHMATULLAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.


6 Jan 2013 (Ahad) : Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.


7 Jan 2013 (Isnin) : Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.

8 Jan 2013 (Selasa) : Gerakan mengumpul derma untuk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu) : Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis) : Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya. Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat) : Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka. Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luar biasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu) : Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad) : Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya.

NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif.

14Jan 2013 (Isnin) : Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…”Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa) : Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu) : Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis) : Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?
Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
“Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata “mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid. Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat) : Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……) saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu) : Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir.

20 Jan2013 (Ahad) : Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.



Ternyata arwah merupakan seorang muslimah yang sejati, kental , dan tabah persis isteri para nabi dan sahabat. Apabila aku membaca kisah ini, terus aku teringat akan entry aku yang sebelum ini Ustazah Fatimah Syarha. yang mengingatkan, sentiasa berpesan kepada anak- anak bahawa Allah itu sentiasa ada. Ternyata sekiranya anak di didik dengan peringatan yang sedemikian, InsyaALLAH.. akan lahir ramai lagi insan- insan mulia seperti SITI HAJAR..

Damailah kamu di sana..AL- FATIHAH 



# Short Story 2

Ubat Gatal

Minggu lepas aku dan adik ada pergi pasar minggu.  Macam biasalah kalau pasar minggu di Terengganu ni ada bermacam- macam benda yang dijual dan yang paling seronoknya makanan- makanan di sini yang pelbagai dan melimpah ruah terutamanya kuih- muih..Syukur Alhamdulillah..

Dan dengan tiba- tiba terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubatnya

Ubat gatal..ubat gatal..ubat gatal boleh hilang karat..

eh? 

How laa....

#Short Story 1

Mencela Makanan

Satu hari aku beli nasi goreng sosej di cafe kolej. macam biasalah bungkus bawak balik bilik. Masa tengah makan- makan tu ada seorang kawan aku datang dan duduk depan aku

weh, ko makan ape tuh?

nasi goreng sosej, nak ? rasalah..

pinggan yang berisi nasi goreng sosej bertukar tangan


.......

hangitlah nasi dia nie, masin blablabla...

Hanya mampu geleng kepala..