Friday, 1 February 2013

Mendidik atau Mendera?

Dua tiga hari lepas aku terbaca tentang kisah seorang bapa yang telah dipenjarakan atas kesalahan mendera anak- anaknya yang seramai 3 orang dengan sebatang paip pvc.Guna paip pvc kau pukul anak bukan guna cotton bub. Alasannya nak mendidik.

Mendidik ke mendera? Bagi aku cara dia mendidik tak kena. Aku rasa dia mungkin tak tahu cara mendidik anak- anak yang sebenar. Dalam islam sendiri pun telah menggariskan cara yang sesuai untuk mendidik isteri dan anak- anak. Bukannya boleh 'didik' ikut sesedap tangan yang mengangkat je.

Apabila aku tengok cara mak bapak aku didik kami adik- beradik, bapak aku sediakan dua batang lidi yang diikat dengan getah dan letaknya nun tinggi di atas rak buku dalam rumah. Dua batang sahaja, tapi kalau kena berbirat jugak betis aku. Masa aku kecik- kecik dulu, geram gila aku kat lidi itu. Berlagak angkuh di tempat tinggi, kalau aku dapat memang aku patah- patahkan. Islam menyarankan penggunaan rotan dalam mendidik anak- anak.mak aku pula paling pantang menggunakan batang penyapu ketika memukul anak- anak. Batang penyapu untuk menyapu bukan untuk pukul anak ye mama dan papa sekalian..

Tempat untuk memukul juga hanya terhad dari bawah pinggang hingga kaki. Pinggang sampai kepala adalah dilarang sama sekali. Sebabnya, menurut mak aku perbuatan itu boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman. sebab itulah, kalau kitorang adik beradik buat hal ..betis kitorang lah yang jadi mangsa. Pada aku tak lah sakit sangat tapi menangis tu beria. Dasar anak manja..

Itulah cara sebenar nak mendidik anak- anak. Sekarang kebanyakan ibu bapa kahwin di usia yang muda. kalau tiada ilmu tentang cara mendidik anak- anak, pada aku situasi ini parah. Yang langsung tak sentuh kulit anak- anak pn ada juga. Kononnya sayangkan anak. Walhal, sayangkan anak tangan- tangankan..

Iyelah, mungkin yang bercakap nie memanglah senang kerana belum merasa punya anak sendiri, tetapi aku hanya sekadar berkongsi cara yang aku rasa betul dan nanti jika diizinkan punya cahaya mata, aku akan menggunakan cara ini. Bukan untuk menyakitkan tapi sekadar mendidik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

2 comments:

Hana Amylia said...

bg han rotan tu benda biasa sbb han ni mmg budak nakal..heheh tp bila paip pvc tu yg dijadikan rotan tu mmg tak patut..

Aku Penghibur said...

entahlah speechless