Monday, 15 October 2012

Petua nak Cantik

Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. hoho, mukadimah tak boleh blah. Ayah, abang, husbenngg nak bebel, nk buat kot mana pun semata- mata nak pisahkan semua itu takkan dapat. sebab? Entahlah, aku pun tak tahu kenapa..mungkin dah naluri kewanitaan yang ingin kelihatan cantik dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. kau tanya lah mana- mana wanita kat atas dunia ni, rata- rata nak cantik, tak kisahlah perabih duit ribu riban, cocok tang sana, cocok tang sini, semata- mata nak ape? nak cantiklah yuolls..

macam aku pun serupa itu jugak. teringin nak cantik. tapi aku jenis yang suka back to tradisional. maknanya guna kaedah atau cara orang dulu- dulu. Nak buat macam mana keenn,,jiwa klasik. tetapi jangan dipandang enteng tau. guna kaedah tradisional sebenarnya lagi mendatangkan kesan baik dan mujarab tanpa perlu perabih ribu riban itu...cuma kuncinya kena SABAR la..aku suka baca petua orang dulu- dulu lalu perasaan membuak- buak pun datanglah. Rasa nak try semua. tapi macam biasalah, kalau memang jenis hangat- hangat tayik ayam itu , sekali je aku cuba, lepas tu aku dah malas..Ada satu petua yang aku rasa agak berkesan sebenarnya, cuma kena ulang- ulang pakai lah..tak boleh ikut macam perangai aku ni, sekali buat terus nak nampak effect, memang takd0p lah kenn..baik pakai product dari thailand tu ha, kalau nak nampak kesannya cepat.

caranya, gaulkan tomato dengan putih telur. Aku pernah buat..tapi sekali je, bau dia aku tak tahan. menyengat kat hidung sampai nak termuntah. Tetapi, cara itu berkesan sebenarnya. kulit korang akan nampak putih kemerah- merahan dan segala parut, lekuk-lekuk kat muka pun lama- lama akan hilang. cuma aku nak ingatkan nak pakai menda ni semua kena RAJIN. Elok pakai dalam dua tiga kali je seminggu. Aku nak pakai lagi tetapi selalu lupa bercampul gaul pulak dengan perangai malas. So, Jangan haraplah muka kau nak gebu bibah..

p/s : petua ni aku dapat dari belog kak cantik Nurulbadiah Lai..

5 comments:

Iffah Afeefah said...

xnk cntik

nk cerah je hehe

Hasrina said...

oh ye ke, selalu saya buat putih telut je.k, nak try n tomato plak lah

Romeo Laut said...

Apa kalau lelaki boleh juga tempek-tempek benda gini kat muka?

Nana Lee said...

iffah : ade2..pakai produk yg adira pakai tuh..beautyskin essence..:)


Hasrina : cubalah..tapi kena jadikan ia sbg amalan lah..baru nampak hasilnye..:)

Romeo Laut : boleh je..haha..

zOeY zAu YaH said...

petua tradisi lbh selamat kan :)