Thursday, 11 October 2012

cita- cita & kameraman

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum everyone..

Kalau zaman kita kecik- kecik dulu, zaman nak gi sekolah rambut mak sikat, hingus pun mak tolong kesat, ramai di antara kita mesti punya cita- cita kan..selalu kalau cikgu- cikgi tanya " Nanti besar nak jadi ape murid- murid ?", jawapan klise yang didengar nak jadi cikgu, doktor, kalau yang lelaki pulak askar, polis dan so on lah...macam dah takde pekerjaan lain kat atas dunia yang fana nie..muehehehe..termasuklah aku yang berada dalam golongan nie. "Saya nak jadi CIKGU! " jawab si bibah muka suci nie..

ihsan google


lepas itu, apabila tumbesaran makin meningkat dan akai sudah boleh berfikir dengan matang, barulah si bibah  muka suci ini sedar bahawasanya banyak lagi pekerjaan lain kat atas dunia ni yang boleh dibuat, boleh jadi kaya- raya lagi..contoh sekarang yang paling aku nampak ialah dengan jadi jurukamera atau dalam omputisnye cameraman la..job yang aku rasa paling laris macam pisang goreng panas. sebab zaman sekarang ni nak bertunang dan kahwin pun orang upah dia, hari konvokesyen, majlis itu, majlis ini, semacam dah jadi wajib lah pulak. yelah kan, opcosss la hari- hari penting rupe itu orang nak gambar cantik- cantik. kalau pakai kamera handphone je, tibe- tibe gambar bergegau, bergambar 5 orang jadi 10 orang, tang muka pulak, tiba- tiba muka suci macam si bibah nie jadi kelam pulak dalam gambar. jadinya, penyelesaian terbaik carilah mana- mana jurugambar yang ada kemera teropong besau tu untuk ambik gambar korang..muka yang kelam pun boleh jadi putih suci yuollss..


ihsan google

Dan aku kagum dengan beberapa jurugambar muda yang femes sekarang  macam Annas Easkey , TheKliker , dan yang lain- lain. sebab, diorang punya bakat dan mampu menjana pendapatan dengan bakat yang diorang ada.

ok, sekian.

p/s : Aku ?, masih dalam usaha untuk mencapai cita- cita aku masa kecik- kecik dulu, setahun aje lagi..tapi kan tiba- tiba pulak rasa nak tukar profesion. camerawomen maybe? ..muehehehe...


6 comments:

nik ros said...

jurukamera skarang laku kan..bukan setakat duk ambik gambar wedding jea skarang ni.pre wedding, gambar baby , gambar konvo skarang pun guna khidmat jugambar.

Rin Saharina said...

betul.photographer skrg wages drg lumayan kan.untunglahh org yg berseni tgkp gmbr ni.bleh jadik side income :)

Nana Lee said...

nik ros : ye, boleh dikatakan apa2 saje majlis, khidmat diorang sangat diperlukan..:)

Nana Lee said...

rin saharina : tulah kan kak, teringin pulak nak jadi camerawomen..muehehe..

CikZaitul said...

waaaaaaaaaaa kamerawomen :)


nak jadi anak murid awk leh?
saya minat fotografi :P

Nana Lee said...

bleh2..cepat sain kontrak..:P haha..