Tuesday, 5 February 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum..




Hai all...tiba- tiba rasa tertarik pulak nak menyertai segmen daripada adik HusnaHumairah. tengok tarikh tutup 2 hari lagi jadi rasanya tak salah aku join segmen nie. Ok, terus kepada segmen. Tapi sebelum itu korang boleh baca sejarah ringkas penubuhan UPSI di sini..


Ha, da baca sejarahnye? ok, kita teruskan kepada cerita aku pulak..

Sekarang aku masih lagi menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim , Perak dalam kursus ISMP Bahasa Melayu. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadi guru, bolehlah anda memohon di sini. Secara keseluruhannya, agak seronok belajar di sini. Tipulah kalau aku cakap tak ada cabaran langsung. Sebenarnya banyak cabaran dan dugaan yang aku hadapi di sini, tapi aku sedar kalau dah namanya menuntut ilmu tak ada istilah 'hidup nak senang'..Ye dak?

Untuk pengetahuan semua, UPSI mempunyai dua buah kampus iaitu kampus lama dan kampus baru yang jaraknya agak jauh la. Aku tak pernah kira pulak berapa kilometer. kampus lama diberi nama Kampus Sultan Abdul Jalil dan kampus baru pula diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah, baru siap dan dibuka tahun ini kepada para pelajar. Selalunya pelajar akan berulang alik di antara kedua- kedua kampus ini. Ada yang naik bas dan kenderaan sendiri. Pensyarah pun ok, bagi course aku lah. Cuma ada jugalah seorang dua orang yang strict. tapi itu biasalah kan. Pengajian adalah selama 8 semester/ 4 tahun. Kalau kau dari matriks, habis belajar kat sini dalam unur 23 tahun, tapi macam aku ni dari STPM, keluar nanti umur dah 24 tahun jadi niat nak kahwin awal dah tergendala.

ha, nampak tak pintu gerbang besar gedabak tu?
pandangan di waktu malam dan siang
sangat cantik kan..
bangunan kuliah
kampus baru

See...nampak tak baru tak baru..pokok pun kecik- kecik lagi. Bayangkanlah dengan bangunan keliling, dengan pokok pun tak berapa nak membesar lagi, terasalah jugak nak terbakar bila musim panas. Tapi dalam kelas kau jangan risau, sejuk sebab ada aircond..huehhuehhueh..

Sekarang juga sudah ditawarkan beberapa kursus bukan pendidikan. Jadi, kepada yang berminat boleh layari laman web UPSI, untuk maklumat lanjut. Eleh, padahal malas kan. bukan apa, aku tak nak entry panjang- panjang nanti tak ada orang nak baca. Korang semua kan rajin- rajin..huehhuehhueh..

Ini Perpustakaan Tunku Bainun. Terletak di Kampus Lama. Tak silap aku 5 tingkat. Entah, tak pernah naik sampai atas. Ooomaaaiiiii...dah 5 sem kau, tak pernah naik sampai atas, nampak tak tahap kerajinan aku..sebabnya buku- buku untuk course aku kat tingkat 3, tu pasal lah yang tak pernah naik atas. 


Perpustakaan Tunku Bainun
terletak di kampus lama.

Seterusnya ialah kolej kediaman. Kat sini ada empat buah kolej kediaman. Kolej Aminuddin Baki, Kolej Harun Aminurrasyid, Kolej Za'ba dan Kolej Ungku Omar. Aku tinggal di Kolej Za'ba dari awal masuk sampailah sekarang. Kena aktif sikitlah kalau nak duduk kolej sampai habis..muehehehe...


ini Kolej Za'ba
masa ni ada program apa entah
masa sem 1
tanam pokok kot..tapi selama 5 sem aku kat sini, pokok tu semua mati..kesian.


Dan gambar bilik aku tak jumpa pulak kat mana aku simpan. Malas nak cari. Sebenarnya dia macam apartment/ rumah teres sebab satu rumah ada 3 bilik. Satu bilik 2 orang. Jadi satu rumah korang akan ada 6 orang ahli. 

Baiklah, dah cukup rasanya aku review pasal uni kesayangan aku ni..mueehehe..jadi kalau rasa berminat bolehlah godek- godek maklumat pasal kelayakan, kursus dan sebagainya. Good Luck! 

Sebahagian gambar adalah dari pages Suara-Mahasiswai-UPSI



20 comments:

Husna Humairah said...

waoh, smakin ramai mahasiswa/i UPSI turun join sgmen sy ni. hehehe

sy ada apply uspi, plihan prtama plak tu ;D

terima kasih sbb join. :D bgthu sy di cbox/kotak komen samada akak pgguna clcom/maxis/digi *utk tjuan mmudahkn sy beli topap, jika menang

oh yee, jgn lupe blogwalking pserta lain -> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

haaa, saya dh follow back ;D

Nana Lee said...

ouh, ye ke? harap2 husna dpt masuk UPSI..nanti boleh jumpa kt sane..hehe..

Atiqah Ivy said...

cantiknye Perpustakaan Tunku Bainun :)

sy dr segmen yg same..
jemput singgah baca entry sy pulak.. ^_^

http://atiqahivy.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

sharmiza shahar said...

pintu gerbang tu cantik! terutama malam!

saya datang dari segmen sama :D

'adawiyah said...

balas kunjungan di sini dari segmen yg sma..eh, teacher to-be jugak la ni, hee..cantik UPSI, all the best ye :)

Yong Baiaah said...

dari segmen yang sama, saya Unimas, sarawak, kalau datang sana jangan lupa cari saya ya .. done follow u

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

사유리 하나 (SH) said...

haha ramai sgt mahasiswi UPSI jadi mmg susah nak jumpa kat sana..mungkin kita ada terserempak di sana, cuma tidak kenal kan :)

Ubaidullah Jaafar said...

jalan-II kat sini , =) ,, kat sini pun tengah plan nak tanam pokok =)

Nana Lee said...

SH,Tula..ramai pompuan lak tu..lagi payah nk kenal.. HAHA

Ubaidullah : best aktiviti nie, tapi sayang pokok xdapat idup lama sebab tak dijaga dengan baik..

Atiqah Ivy said...

hye nana lee..
sy ade tag awk kat link ni tau..

http://atiqahivy.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

Aku Penghibur said...

wow tak pernah pergi sini Upsi

Erna Shafiqah said...

wah, UPSI ye...bakal guru la ni...dulu selalu lalu UPSI, masih dalam pembinaan...da siap ke?hehe

thanx ya, da follow jugak :)

Nina Maslizza said...

Dari segment y sama..datang nak follow.. follow me back..thanks

iena_mieyna ^^ said...

susah tak BM? lecturer best tak? assignment byk x? hehe.. nak selidik sbb ingat nak ambik minor BM. hehe.. dari UPSI jugak. :)

Arita Atira said...

salam..dari segmen yang sama... saje terjah.. done Follow here.. Follow Me Back.. Tq and GOOD LUCK ! !

http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

nicosikura said...

pin.. pin.. pon.. pon.. ^_^ hai budak UPSI. samalah kita. jom melawat kisah saya.

http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

fardiyah said...

wah ramai juga student upsi :D

http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Husna Humairah said...

PERHATIANNNNNNNNN!

Pemenang dah diumumkannnn--> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/pemenang-segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Adakah anda pemenangnya? CHECK IT OUTTTTTT! :D

FarhanahAdzlan said...

bestt jee bila tengok orang punya U. moga2 saya pon dapat masuk U jugak nanti :)

Mohd Hashimi bin Ma'ani said...

Dh grad la ni ek. Jilid kt mane hari tu?