Tuesday, 13 November 2012

Review : Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum...

U cuti lagi. Seminggu. dan yang paling sedih, aku tak dapat balik kampung. Alasan esimen yang berlambak- lambak. sebab kalau aku balik lagi kali ni, konfem esimen aku takkan siap. Jadi terpaksa aku bertapa di sini. jeles giler kot bile kawan- kawan  semua balik dan tinggal lah aku dengan seorang housemate..nasib baik ia tak balik. kalau dia balik terpaksalah aku balik jugak. taknak aku tinggal sorang2..seraaammmm....

by the way, disebabkan cuti yang lama so aku dengan housemate decide pergi jalan- jalan perabih duit. kat mane? Times Square. sebenarnya aku dah lama giler tak ke sana, jadi kitaorang memang banyak makan buah langsat lah kat sana. cissss...SESATTTTT...

sampai je kat sana, kitaorang terus beli tiket wayang sebab memang teringin nak tengok movie komedi romantik, Istanbul Aku Datang..ramai orang cakap ceritanya best. bila dah tengok movie nie, Wow ! ohsem..Lisa Surihani cantik dan super duper cute..mula- mula babak dia sampai kat istanbul, aku dah jatuh hati gedebabbbb..Ouh, bukan kat lisa lah tapi pemandangan kat Istanbul tu..aisehhhh...




Dan, pandangan peribadi aku tentang ceghita ni..


  1. Ceritanya sangat comel..maksud aku comel sebab siap ada ikon- ikon yang comel contohnya masa Lisa hapdate blog, dan baca komen dalam blog dia. 
  2. Jalan ceritanya ringkas dan santai. sesuailah untuk penonton yang nak ringan- ringankan otak dengan hiburan yang santai
  3. Korang jangan nak expect sesuatu yang islamik lah daripada jalan cerita ni walaupun penggambarannya di Istanbul..yelah, satu rumah dengan makhluk tuhan lagi satu tu kan..tapi kita kan dah besar dan boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. so, yang mana tak patut jadi ikutan tu janganlah diikut yerrr..
  4. Membuatkan aku terfikir, tak semestinya orang yang kita dah kenal lama betul- betul faham dan percaya dengan kita..
  5. The last part is, Istanbul is so beautiful. rasanya sebab efek kamera yang membuatkan setiap tempat di sana nampak begitu cantik. sampaikan pak cik yang jual jagung kat tepi lorong tu pun nampak hensem..*ok, ni tipu.. 







Lakonan lisa dalam cerita ni nampak real, dan takdelah buat- buat. so, korang akan tersenyum dengan ikhlas apabila melihat watak Lisa sebagai Dian dalam cerita ni. yelah, wanita yang sanggup berkorban datang dari Malaysia semata- mata nakkan teman lelakinya lakonan Tomok  sebagai Azad  melamar dia cepat- cepat sebab dia bukan jenis wanita yang suka menunggu !! yeah, i know well that feeling..kui3..perkenalan tak sengaja dengan Beto sebagai Harris bagi aku lawak..Beto adalah antara aku punye feveret aktor. kenapa entah aku rasa macam skrip beto dalam cerita tu tak banyak..duk tunjuk dia punya aksi geram je..tetapi lakonan beto tetap cemerlang dan tak mengecewakan..

lastly, cerita ni pada aku best dan takdelah membosankan..apalagi, jom tengok !



3 comments:

leakedknowledge said...

cara ko bagi ulasan nampak mcm menarik..hurm, kene tgk ni...apa lgi, masa utk DOWNLOAAAAAAAD! :)

Romeo Laut said...

Apakah? Hahahah.

Nana Lee said...

incik kopi pasta : keje ko donload je kan..hahaha..

romeo laut : kenapakah?